tadikan…

January 19th, 2009

salam……

tadikan…terfikir kan…orang selalu cakapkan….nak insaf…buat baik…bile da tua2 nanti…….emm…..macam mane ek…kalau dianalisa kembali…terdapat beberapa perkara yang agak kurang boleh diterima akal..di antara sebab musabab yang lahir dari pemikiran saya yang sangat terhad ini..

1) Adakah anda pasti anda akan hidup di alam tua? (ajal kita sudah terpahat di luh mahfuz…bila ye?)

2) Adakah anda pasti amalan2 yang di buat pada hari tua nanti mampu melbihi dosa-dosa anda sewaktu muda supaya apabila dihisab di neraca mirzan..amal kebaikan melebihi kemungkaran?

3) Adakah anda yakin dengan kudrat anda yang sudah tidak sekuat sewaktu anda muda, anda mampu menjadi muslim sejati? (tenaga berkurangan..rambut semakin putih, dari bole berlari anda lebih suka memilih utk berjalan)

4) Adakah anda yakin bahawa Allah akan menerima taubat anda pada waktu itu? (dapatkan anda mencapai taubat nasuha nanti?)

5) Adakah anda juga yakin bahawa amalan2 anda tidak akan tertolak semuanya? (dalam 10 jaringan gol…anda yakin semua bola akan masuk gol?)

waah…sesungguhnya…tepuklah dada…tanyelah iman…singkaplah masa hadapan…anda mampu?

Al-E-Imran

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. (133) Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. (134) Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (135) Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal. (136)

 

Allahua’lam…




One Response to “tadikan…”

  1.   nu3k on January 20, 2009 5:24 am

    ermm..point yg baik yg kadang2 org xdpt nk pk secare rasional padahal simple..
    meh ku tambah lg satu point..
    6) adakah anda yakin hati korang yg dah hitam legam dgn dosa tue akan mudah berubah jd baik dgn sekelip mata??(trust me its not that easy..perlukan kesabaran yg tahap ganaz..)

    err..tolong betoikan kalo salah yer cik pengarang..

    p/s: about ur new template, simple is always the best.tp ku rs ku lg suke template sblm neh..colourful..siap ley tukar2 lg tuh..br jek ku ingt nk rembat template tu..

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

Name (required)

Email (required)

Website

Speak your mind