My Leader..please listen

April 3rd, 2008

pemimpin2 negaraku…

aku sedih menyaksikan perebutan kuasa dan angan2 serta janji yang engkau taburkan…

engkau salahkan media cyber kerana kekalahan…kenapa?…

engkau salahkan rakyat kerana berpaling tadah…mengapa..?

aku hanya inginkan engkau mendengar rintihan rakyat…rintihanku..

aku lebih inginkan pembangunan akhlak manusia dari pembangunan materialistik…

aku inginkan keadilan dari media massa yang engkau pantau dan kawal dan tapis setiap masa…

aku inginkan engkau tidak sombong setelah memegang amanah yang dipertanggungjawabkan…

aku inginkan pemimpin ke memimpin ku ke arah Yang diredhai…

aku inginkan pemimpin-pemimpin ku menucapkan kata-kata yang baik dan berakhlak tinggi sewaktu bercakap di kaca-kaca tv…

aku inginkan kehidupan akhirat lebih dari kehidupan dunia yang sementara…

dengarlah rintihanku wahai pemimpin-pemimpin ku…

aku sudah tak sanggup lagi ingin mendengar dan melihat soal2 perbahalahan antaramu…

ape yang aku harapkan hanyalah supaya pemimpin-pemimpinku yang telah diberi mandat supaya bersatu tenaga…

tak kira dari arah, pendapat dan principle yang berbeza….

aku rayu…..bersatulah untuk malaysia dan rakyatnya….

bukan masenye untuk memerli dan mengutuk dan melihat kekurangan dan kelebihan orang lain….

yang baik kita ambil…yang buruk kita jadikan sebagai aspect utk mencari yang lebih baik…

aku rayu pemimpin-pemimpin negaraku…dengarlah rintihan rakyatmu…bersatulah…sesungguhnya…ape yang diberikan kepadamu adelah tanggungjawab besar dan kepercayaan rakyat kepadamu…jangan lah kamu khianati dan sesungguhnya….harta dunia hanya sementara…kita pasti kembali kepadaNya