duniaku..tanah tumpah darahku..

October 8th, 2006

setiap kali aku mengenangkan ape yang sedang terjadi di muka bumimu ini Ya Allah..

aku pasti mampu menitiskan air mata..

Ya Allah…aku hairan melihat manusia menegakkan bangsa sedangkan apa yang penting bagiku adalah agama…aku hairan mengapa saudara Islamku sendiri ingin menegakkan agama lain sedangkan agama nya sendiri masih lagi bergelora..

aku sedih melihat mereka yang mempertikaikan hukum yang Engkau telah tetapkan kerana sesungguhnya aku tahu Engkau Maha Mengetahui Y Allah..

aku pilu melihat mereka yang masih lagi leka dengan perkara yang mengaburkan mata mereka sedangkan tujuan utama kita di muka BumiMu ini Ya Allah untuk kesenangan di kemudian hari..

aku sebak melihat kerakusan manusia mengejar ape yang mereka fikirkan mampu membahagiakan mereka sedang mereka hanyalah mengejar bayang2 yang akan hilang satu ketika…

aku seperti ditampar berkali2 apabila melihat saudara sesama Islam tak mampu untuk menyayangi sesame sendiri sedangkan kita adalah bersaudara…

mengapa mereka yang didalam kesenangan tidak mampu memberi harta kepada mereka yang lebih memerlukan…sesungguhnya harta adalah amanah yang diberikan kepada kita untuk dibelanjakan ke jalan yang sepatutnya…

kenapa mereka tidak mampu menurunkan darjat dan pangkat untuk bersama saudara Islam yang lain kerana sesungguhnya ape yang penting disisi Allah hanyalah Iman dan Taqwa…

kenapa masih ade lagi yang teragak2 dengan agama yang sudah pastinya menunjukkan kebenaran…adakah ada lagi agama lain yang seindah dan sesuci agama Islam…

aku amat2 sedih dan pilu apabila melihat saudara2 Islam ku tidak sedar akan apa yang berlaku di Bumi sendiri Ya Allah..

Aku memohon kepadamu Ya Allah…lindungilah saudara-saudara yang aku amat sayangi ya Allah….pimpinkan lah kami semua ke jalan kebenaran Ya Allah..

jangan lah Engkau membiarkan kami alpa dengan dunia sementara mu ini Ya Allah…

Ya Allah…jadikan kami sayang menyayangi antara satu sama lain supaya dapat kami bangunkan agama sucimu ini Ya Allah…

Ya Allah ya tuhankau…ampunilah dosa kami ini kerana sesungguhnya kami merupakan hambamu yang sangat2 lemah serta serba keurangan berbanding denganMu Ya Allah…

Berikanlah kami kekuatan utk membuat amalan kebajikan sementara kami masih hidup di muka Bumimu ini Ya Allah…

amin amin Ya Rabbal Alamin…




2 Responses to “duniaku..tanah tumpah darahku..”

  1.   Akmal on October 9, 2006 12:28 pm
  2.   GH SYUKRI on October 10, 2006 2:08 am

    satu luahan hati yang saya kira jujur dan ikhlas.
    fikir/risau/sedih terhadap ummah yang sebeginilah yang patut ada dalam jiwa muda mudi kita.
    namun realiti nya…tak ramai yang ada fikir risau sebegini.

    lantas…apa tindakan kita??
    cukupkah hanya dengan fikir/risau/sedih sahaja??
    moga ALLAH beri kekuatan utk lakukan sesuatu demi ISLAM tercinta.

    DiMANA BUMI DiPIJAK, DiSITU ISLAM DiJUNJUNG.

Comments RSS

Leave a Reply

Name (required)

Email (required)

Website

Speak your mind